CERITA BERMULANYA MYTAKOYAKI


CERITA BAGAIMANA PELAJAR UNIVERSITI BOLEH BERNIAGA DI PASAR MALAM SAMPAI KIOSK TAKOYAKI NYA MEMBIAK KE SELURUH PELUSUK TANAH AIR.

Bermula dari Gerai Pasar malam dan berkembang sehingga….

-Ada Kiosk Shopping Mall,
-Ada Kiosk Shoplot,
-Ada 2 buah Foodtruck
-ADA lebih 50 rangkaian RAKAN NIAGA di Seluruh Malaysia!

Ini kisah bagaimana pengasas Mytakoyaki, Tuan RIDZUAN ROSLI atau selalu netizen panggil TAUKE TAKO memulakan bisnes Mytakoyaki miliknya dari pasar malam.

 

17629698_1309465819134547_7170680995317446606_n

Jom baca coretan yang ditulis sendiri oleh beliau…..

—————————

Aku mulakan Mytakoyaki di Pasar Malam Taman Bukit Anggerik secara Rambo. Masa tu aku masih belajar, dekat UIAM Gombak, tahun ke 3 macam tu. Dah kahwin dan punya anak seorang. Anak laki-laki. Ada lah buat bisnes kereta sewa dan lain-lain bisnes macam printing baju, jual kerepek dan macam-macam lagi benda untuk menyara hidup.

Aku ni jenis yang susah nak mengharap pertolongan dari orang lagi-lagi ibu bapa. Ibu bapa sendiri atau mentua memang aku tak harapkan pertolongan mereka sebab aku faham sebagai seorang anak, kalau kita tak dapat membantu mereka, cukuplah kita untu tidak membebankan ibu bapa kita. Jadi memang aku usaha sendiri dengan isteri. Tapi ada juga rakan-rakan baik aku tetap banyak tolong masa aku baru nak mulakan hidup bekeluarga terutama Anep dan Somad.

Walaupun macam-macam benda aku buat, masa tu belum ada satu income yang betul-betul steady untuk kami. Yang ada tu cukup-cukup untuk kami survive bayar sewa rumah setinggan dekat Sungai Chinchin Gombak, duit makan, Duit susu anak dan macam-macam lagi keperluan hidup. Kami memang duduk sendiri lepas kahwin walaupun sedang belajar. Memang tak pernah menumpang rumah sesiapa pun lepas kahwin. Dah jadi satu tanggungjawab bila bekeluarga wajib sediakan tempat tinggal, jadi aku pun buat ajelah jalankan kewajipan.

Ada satu hari datang ilham nak berniaga makanan dekat pasar malam sebab fikir niaga makanan ni cash sentiasa dalam tangan, untungnya pun dengar-dengar boleh tahan. Tambah pula masa tu kereta sewa tengah banyak isu. Jadi bila bincang dengan bini idea macam okay, kami pun tak menoleh terus mula merancang. Siap aku buat proposal dan power point presentation untuk pitch kepada Pakcik aku sebab nak minta dia jadi investor bagi modal permulaan. Sesi pitching tu berjaya, Pakcik aku bagi modal permulaan. Berbaloi aku naik motor jauh dari Cheras ke Subang Bestari untuk pergi pitch.

Mula-mula berniaga aku tumpang tapak niaga sebelah bapa mertua aku dekat Taman Bukit Anggerik, Cheras. Tapak dalam 4 kaki luas, 6 kaki lebar, yelah tak besar mana pun kiosk takoyaki yang aku design khas muat dalam kereta sekecil Perodua Kancil. Itu pun Perodua Kancil tu aku pinjam member aku punya, Somad nama dia. Banyak Somad ni berjasa pada aku. Sebenarnya boleh aje aku nak tumpang barang-barang naik lori sekali, tapi sebab aku dah bersyukur dapat tumpang tapak, aku bawak sendiri kiosk tu pakai kereta pinjam. Tambahan pula nak uji keberkesanan design yang aku buat sendiri pakai sketch up.

Tapi nak dijadikan halangan dan caaran mula berniaga, kiosk yang aku design rapi dan tempah dari kontraktor dari Rawang Selangor tu tak siap pada hari yang sepatutnya, dekat 2 minggu jugak lah dia delay. Sampai ke hari niaga, jam 1 petang dia bagitahu yang kiosk tak sempat hantar, padahal masa tu bahan mentah semua aku dah siapkan. Bini aku dah cuak kata “Tak apalah bang, kita start hari lain ajelah, bila dah siap kiosk nanti”.

Aku kata “mana boleh, kita dah rancang dan semangat nak mula, kita kena buat jugak ikut celah mana pun, tak apa, abang cari usaha lain”. Sambil kepala otak aku belegar cari idea macam mana nak seteel masalah kiosk yang tak siap. Dalam masa sama sempat juga aku hantar SMS makian kepada kontraktor tu sambil ugut taknak bayar baki tempahan. Zaman SMS lagi beb masa tu, dekat 2-3 sms lah guna pasal panjang lebar kata-kata hikmat yang aku lemparkan.

Lepas tu aku terus shoot pergi Tesco Extra Cheras, dekat Taman Midah, beli meja lipat, pergi kedai RM 2 beli alas meja merah dengan paku tekan. Nasib baik menu aku dah siap-siap print dan laminate dekat Achik Printing Melawati masa mengular waktu tengah Praktikal. Lega lah sikit.

Aku sampai rumah bagitau bini semua dah ready, masukkan semua barang dalam Kancil pinjam, lepas tu shoot pergi pasar malam. Lewat juga sampai masa tu dekat jam 4;30. Orang niaga pasar malam patut jam 3;30 dah sampai setup. Jadi 4;30 tu dah boleh mula menjual. Lagi awal lagi bagus. Kami tak buang masa terus setup, siap berpaki bertukul lah setelkan kiosk segera. Sempat aku beli papan plywood untuk jadikan tempat letak menu dan cover depan dapur takoyaki.
Iyalah, bagi aku, “Look” tu penting! Aku nak orang nampak kiosk Mytakoyaki bertaraf kiosk di Midvalley walaupun hakikatnya di Pasar Malam. Tapi tak lah berjaya sangat masa tu sebab sumber tidak mencukupi.

Lepas siap setup, bini pun bancuh tepung takoyaki, aku panaskan dapur dan acah-acah ketuk stick dekat dapur kasi bunyi pro. Kah kah kah. Dah siap semua aku pun start menggolek. Aku ingat lagi masa tu kami target dapat jualan RM 50 untuk hari pertama ni. Taknak target tinggi sebab takut patah hati.

Tak disangka-sangka, masa aku golek-golek takoyaki siap curah minyak sambil percik-percik, lepas tu letak pulak bonito flakes atas takoyaki panas sambil flakes tu bergerak-gerak seolah-olah menari, ramai pula orang datang kerumun. Mula-mula makcik sebelah niaga nasi goreng datang dok tanya apa benda, lepas tu setiap orang datang mesti tanya apa benda, cina pun boleh tahan datang tanya. Yelah masa tu tahun 2011.

Mana ada orang niaga takoyaki dekat pasar malam tahun 2011. Dekat Jusco adalah lah. Masa tu Jusco pun belum jadi Aeon tau!

Dalam ramai-ramai kerumun tu, kebanyaknnya beli. Cukup jam 8:30 macam tu, takoyaki kami habis licin. Target RM 50, tapi dapat jualan RM 250. Gila 5 kali ganda wooo!!! Memang lepas tu aku target tinggi sikit lah. Paling teruk RM 350 aku target setiap kali niaga.

Lepas hari pertama tu, kami cari lagi tapak-tapak lain untuk niaga. Seminggu dapat niaga 4 kali pun dah okay. Habis kelas, jam 3 kami laki bini balik rumah setup barang pergi niaga. Seminggu dapatlah RM 1500 ke 2000 dalam masa tak sampai sebulan. Masa tu pantang ada Festival atau program dekat UIA memang aku masuk niaga. Kawan-kawan ramai yang buat part time tolong jadi krew Mytakoyaki, antara muka wajib, Somad, Anep, Anis, Mat, Amir, Eppy dan Syamel. Aku bagilah gaji pada mereka setimpal dan ada juga yang tolak, tolong free aje. Syukur dapat kawan macam tu.

Bila kenang balik, dah lebih 6 tahun dah dari hari pertama aku mulakan Perniagaan Mytakoyaki ni. Dah lebih 300 orang dah aku ajar untuk sama-sama bangunkan Mytakoyaki dan bagi Rakyat Malaysia rasa Takoyaki Paling Sedap di Alam Semesta ini. Ada yang cemerlang, ada yang tersungkur, itu lumrah.

Dah ada lebih 50 cawangan Rakan niaga seluruh malaysia, 2 buah Kiosk Premium, 2 buah Foodtruck pun dah kira syukur Alhamdulillah.

Hari ini, aku dah tak turun berniaga, bisnes utama sebagai pemilik My Takoyaki adalah Supply Raw Material, Beri Training dan Jual Equipment untuk semua perkara berkaitan Perniagaan Takoyaki.

Dari A sampai Z, dari 1 samapi Infitiniti bak kata Mukhsein anak aku yang sulong tu.

Sampai hari ini aku masih lagi buka peluang niaga pada orang ramai untuk berniaga Takoyaki, sebab aku percaya, kalau kita usaha, pasti kita akan dapat habuannya. Itu janji Allah. Siapalah kita nak pertikai.

Mcam aku pernah cakap sebelum ini, Jika hari ini kau dibekalkan tugas, memerah keringat, kenangkanlah hari ini.Keringatmu itulah nilai wang yuran pelajaran kehidupan. Dan ujianmu adalah kehidupan masa hadapan.
Keputusanmu akibat dari qada dan qadar. Maka, Doalah minta yang baik hendaknya.

Jadi, cerita dia kalau nak mulakan suatu usaha tu, MULA. Jangan banyak sangat benda, dari permulaan baru boleh ada progress.

PS: Gambar keratan Akhbar Utusan Malaysia, 2012, Aku dengan Bini golek takoyaki bersungguh. Anak sulong aku mula belajar jalan dekat Bazaar ramadhan ini lah!

=================

BEGITULAH KISAHNYA MYTAKOYAKI BERMULA,

ANDA NAK MULA NIAGA DENGAN MYTAKOYAKI? MUDAH SAJA….

Mytakoyaki sehingga kini masih membuka PELUANG NIAGA kepada sesiapa sahaja yan berminat untuk memulakan perniagaan takoyaki dengan modal serendah RM 1988 sahaja.

Untuk mengetahui lanjut mengenai PAKEJ NIAGA MYTAKOYAKI, Sila ikuti langkah-langkah SEPERTI DI BAWAH

1. KLIK Like, dan tekan butang SHARE kemudian komen “SAYA NAK NIAGA MYTAKOYAKI” di ruangan komen di bawah, lepas tu SHARE status ini di wall anda.

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE TAU!

2. SMS/Whatsapp <NAMA><LOKASI><EMAIL> ke 013-6320378

Nak mudah, klik sahaja link di bawah untuk whatsapp

wasap.my/60136320378
wasap.my/60136320378
wasap.my/60136320378

3. Tunggu respon daripada kami dan ikuti prosedur yang kami berikan.!

Untuk tahun 2017, kami hanya membuka peluang 20 Orang yang pertama sahaja bagi Pakej Niaga Mytakoyaki untuk Bazaar Ramadhan.

—————————————————

Sekiranya anda ingin “walk in’ ke HQ kami, Alamat kami adalah:

No. 37/1F, Jalan 4/154D, Taman Desa Cheras, Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur (Berhampiran Balai Polis Alam Damai)

Waze : Jalan 4/154D

Mytakoyaki,
TAKOYAKI PALING SEDAP DI ALAM SEMESTA

Dimiliki oleh,
OSHIN FOOD AND SUPPLY