CERITA KAMI


logo website

MyTakoyaki adalah jenama produk takoyaki yang diusahakan oleh Oshin Food and Supply (002037379-A), sebuah perniagaan milik penuh Bumiputera. MyTakoyaki berkonsepkan “Takoyaki Malaysia” yang telah beroperasi bermula awal 2011 merupakan perintis produk takoyaki yang PERTAMA berkonsepkan ‘Street Stall’ atau “Mobile Kiosk” yang memfokuskan pasaran jalanan di Malaysia.

Idea jenama “Mytakoyaki” dijanakan dari semangat Malaysia Boleh dimana “My” mewakili Malaysia dan “Takoyaki” mewakili produk yang kami usahakan. Sesuai dengan nama, takoyaki yang kami usahakan telah direvolusikan sesuai dengan kehendak dan citarasa rakyat Malaysia