PAKEJ NIAGA


Pakej niaga Mytakoyaki adalah “BUKAN FRANCAIS”. Kami menggunakan konsep licensing di mana pelanggan yang membeli pakej niaga dengan kami dan berdaftar sebagai “Rakan Niaga Mytakoyaki” berniaga produk Mytakoyaki di bawah jenama “Mytakoyaki” dan menggunakan kiosk/lori/kedai berlogo dan berkonsep Mytakoyaki.

Kami sendiri telah melalui pelbagai pengalaman sejak tahun 2010 dalam mengoperasikan kiosk takoyaki di jalanan, kedai, pusat beli belah , katering dan sebagainya. Berbekalkan pengalaman tersebut, kami amat memahami keperluan dan juga kehendak bakal “Rakan Niaga Mytakoyaki”. Oleh itu, kami mempunyai pelbagai pakej mengikut kehendak dan kemampuan bakal pelanggan.

Kenapa anda perlu memilih Program Rakan Niaga MyTakoyaki?

MyTakoyaki kini membuka peluang kepada masyarakat luar untuk menyertai Program Rakan Niaga MyTakoyaki. Berbeza dengan program rakan niaga dari produk yang lain, MyTakoyaki mempunyai kelainan yang tersendiri. Berikut adalah sebab mengapa anda patut memilih untuk menyertai Program Rakan Niaga MyTakoyaki:

1) Jenama kami lebih kukuh

Kami adalah jenama pertama milik Bumiputera melayu yang bertapak dalam Bisnes Takoyaki yang bertumpu di pasar-pasr malam dan karnival dan juga berkonsepkan licensing. Berbanding dengan produk yang lain, jenama kami iaitu Mytakoyaki lebih kukuh. Buktinya, kami telah berkembang dan berada di pelbagai lokasi di seluruh Negara termasuk Sabah dan Srawak dan yang terbaru dari Negara Brunei Darussalam. Pihak akhbar juga tertarik untuk menulis tentang produk kami justeru memperkenalkan kepada masyarakat luar tentang produk MyTakoyaki.

2) Pakej Niaga mampu dimiliki

Bermula dari serendah RM1988.00, pakej Rakan Niaga MyTakoyaki menawarkan harga yang berpatutan berbanding dengan produk lain. Bagi yang baru memulakan perniagaan, harga pakej yang tinggi akan membebankan peniaga. Justeru, setelah melalui pelbagai cabaran di dalam menguasahakanperniagaan MyTakoyaki, pihak kami mendapati adalah wajar bagi kami untuk menawarkan harga yang rendah bagi tidak membebankan peniaga khususnya peniaga yang mengalami masalah kekurangan modal. Kami percaya, dengan membantu para peniaga kecil yanng ingin memulakan perniagaan, produk kami akan lebih berkembang dan lebih dikenali. InsyaAllah.

3) Tiada yuran tahunan atau royalti dikenakan

100% UNTUNG MILIK ANDA ! Bagi yang menyertai Program Rakan Niaga Mytakoyaki, buat masa ini, pihak MyTakoyaki tidak mengenakan sebarang yuran ataupun pembayaran royalti. Ini adalah kerana kami yakin bahawa rakan niaga kami akan terbeban jika terdapat sebarang yuran untuk menyertai program ini.

4) Rekaan kiosk yang menarik

Di bawah pakej rakan niaga yang ditawarkan, kiosk yang akan diberi amat menarik dan dibuat menggunakan bahan yang berkualiti.

Bagi Pakej Rakan Niaga PAKEJ MOBILE, kiosk yang ditawarkan adalah kiosk portable atau mobile dimana ia boleh dipasang dan dibuka dengan mudah. Kiosk tersebut direka dengan saiz yang kecil dan ringan agar boleh dimuatkan di dalam kereta dan mudah dibawa kemana-mana untuk berniaga. Material yang digunakan adalah berkualiti iaitu stainless steel bagi mengelakkan ianya berkarat. Butiran mengenai kiosk dinyatakan dibawah pakej yang ditawarkan.

Bagi Pakej Rakan Niaga PAKEJ PREMIUM, pakej ini dikhususkan untuk Rakan Niaga Mytakoyaki yang ingin beroperasi perniagaan secara statik di dalam shopping mall, bangunan komersial atau menggunakan “FOODTRUCK”. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut bagi PAKEJ PREMIUM.

5) Profit margin yang tinggi

Harga yang ditetapkan untuk produk MyTakoyaki adalah sangat kompetitif dan berpatutan. Kos bahan mentah yang disediakan oleh pihak kami adalah juga sangat berpatutan menyumbang kepada profit margin yang tinggi. Anda boleh mendapat keuntungan sehingga 55% dari hasil jualan anda. Dengan modal yang sangat rendah, pulangan keuntungan produk kami adalah sangat berbaloi.

6) Standard Operation Manual (S.O.P) disediakan

Dengan berbekalkan pengalaman yang diperoleh oleh kami sebagai perintis perniagaan MyTakoyaki, kami akan berkongsi pengalaman kami bagi mengajar rakan niaga kami untuk memastikan perjalanan perniagaan rakan niaga lancar dan sistematik. Segala informasi berkaitan perniagaan MyTakoyaki akan disediakan kepada rakan niaga kami. Rakan niaga juga akan diberi  bimbingan awal sewaktu memulakan perniagaan.

Bakal Rakan Niaga Mytakoyaki yang berpotensi boleh memilih pakej niaga yang sesuai dengan kehendak anda!

Klik pada pautan di bawah untuk info lanjut

http://mytakoyaki.com.my/pakej-premium/

http://mytakoyaki.com.my/frozen-takoyaki/