SEJARAH MYTAKOYAKI


Kiosk MyTakoyaki yang pertama mula beroperasi pada bulan April tahun 2011. Perniagaan ini diusahakan sendiri oleh pasangan suami isteri yang pada mulanya sangat-sangat meminati makanan dari Jepun ini. Semasa memulakan perniagaan ini, pasangan suami isteri ini masih lagi belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Menduduki tahun ke 3.

Idea asal Mytakoyaki tercetus pada awalnya adalah sebagai mengukukuhkan pendapatan pasangan yang telah bekeluarga dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Mengapa takoyaki yang diniagakan ? Sebab minat yang mendalam terhadap makanan dari Jepun ini dan juga cara memasak takoyaki yang sangat unik. Dengan cara masaka yang unit, pasangan ini menjangkakan sambutan yang baik daripada pelanggan. Selepas 3 bulan perancangan, dengan bantuan beberapa individu-individu yang baik hati, maka terhasillah Kiosk Mytakoyaki yang pertama.

Selain di pasar malam, peniaga kecil  ini juga mengambil peluang untuk memperkenalkan produk Mytakoyaki ini dengan membawa produk ini ke dalam karnival dan majlis konvokesyen di universiti dan kuliyah dimana tempat beliau menuntut. Oleh kerana mendapat sambutan yang hangat dari pelanggan, Mytakoyaki cuba dibawa ke bazar Ramadhan di Bandar Sri Permaisuri pada bulan Ramadhan tahun 2011.

935762_458240237590447_2074706811_n

Sambutan yang hangat dikalangan penggemar takoyaki telah membawa sebuah akhbar tempatan iaitu Kosmo! untuk menulis tentang produk yang unik ini justeru memperkenalkannya kepada masyarakat tempatan. Dengan ini, Alhamdulillah, produk MyTakoyaki kini lebih dikenali ramai. Dengan tersebarnya kisah mengenai perniagaan MyTakoyaki di akhbar, permintaan terhadap produk MyTakoyaki lebih tinggi.

Oleh yang demikian, MyTakoyaki telah melebarkan sayapnya dan membuka peluang kepada masyarakat luar untuk menjadi seperti kami dengan menyertai Pakej Niaga MyTakoyaki, menggunakan konsep “Licensing”.

Jadi, apa yang menarik mengenai produk Mytakoyaki? Walaupun ia merupakan produk dari negara Jepun, bahan yang digunakan di dalam produk MyTakoyaki adalah dari sumber yang diyakini Halal kerana kami memproses sendiri bahan menmtah menggunakan bahan-bahan yang bermutu dan juga bersih.

Walaupun demikian, rasanya masih ‘authentic’ dari rasa sebenar Takoyaki di Jepun. Sebagai tambahan kepada resipi sediada dari Jepun yang hanya menggunakan octopus atau dikenali sebagai Chuka idako, MyTakoyaki dipelbagaikan dengan inti yang berbeza seperti ayam dan keju, ketam, dan udang bagi memastikan ianya sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.

Terima kasih kerana menyokong kami!