SOALAN LAZIM (FAQ)


1) Apakah maksud Rakan Niaga MyTakoyaki?

Rakan Niaga MyTakoyaki adalah program dimana anda diberi peluang untuk berniaga produk takoyaki dibawah jenama MyTakoyaki.Kami sebagai pemilik jenama MyTakoyaki dibawah syarikat Oshin Food and Supply memberikan lesen kepada anda sebagai rakan niaga untuk memulakan perniagaan MyTakoyaki.

2) Adakah program Rakan Niaga MyTakoyaki ini bersistem franchise?

TIDAK, kami menggunakan sistem licensing dimana kami tidak mengenakan sebarang royalty dari jualan rakan niaga kami. 100 peratus keuntungan daripada operasi perniagaan adalah milik rakan niaga.

3) Bagaimanakah jika saya ingin menyertai Program Rakan Niaga MyTakoyaki?

Untuk PAKEJ MOBILE, sila klik pada pautan ini  images

Untuk PAKEJ PREMIUM, sila berhubung dengan kami di 013-632 0378

4) Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk menyertai program Rakan Niaga MyTakoyaki?

Tiada syarat khusus yang diperlukan. Sesiapa sahaja boleh menyertai program ini.

5) Apakah perbezaan di antara pakej Rakan Niaga Mobile dan pakej Rakan Niaga Premium?

Pakej Rakan Niaga Mobile adalah sesuai untuk  perniagaan di pasar malam dan sebarang acara kerana di dalam pakej ini, rakan niaga akan dibekalkan kiosk yang mudah alih, dan boleh dimuatkan ke dalam kereta sekecil model Perodua Kancil.

Pakej Rakan Niaga Premium adalah sesuai untuk perniagaan secara statik di dalam shopping mall, bangunan dan tempat tumpuan.Kelengkapan pakej premium adalah menyeluruh. Pihak syarikat akan menyediakan semua kelengkapan untuk rakan niaga beroperasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kelangkapan dan peralatan yang disediakan dalam pakej diatas, sila hubungi pihak kami.

6) Bagaimana dengan pemilihan lokasi untuk berniaga?

Untuk pakej Rakan Niaga Mobile, rakan niaga sendiri perlu mencari lokasi niaga. Pihak syarikat tidak bertangungjawab untuk menguruskan tapak lokasi niaga. Walaubagaimanapun, pemilihan lokasi mestilah dirujuk kepada pihak syarikat bagi mengelakkan sebarang pertindihan tapak diantara rakan niaga sedia ada.

Untuk pakej Rakan Niaga Premium, pemilihan dan permohonan bagi mendapatkan tapak niaga akan dibantu sepenuhnya oleh pihak syarikat. Pihak syarikat akan menyediakan kertas kerja khusus buat rakan niaga untuk mendapatkan tapak.

7) Adakah pihak syarikat menyediakan bahan mentah dan peralatan niaga takoyaki?

Setiap peserta rakan niaga diwajibkan untuk mengambil bahan mentah secara berterusan hanya dari pihak syarikat. Walaubagaimanapun, untuk bahan mentah runcit biasa, rakan niaga boleh membeli di pasaraya atau kedai runcit yang berkaitan.

Pihak syarikat juga membekalkan peralatan dan kelengkapan niaga takoyaki. Sila berhubung dengan kami untuk maklumat lanjut.

8) Bagaimana dengan penghantaran bahan mentah?

Rakan niaga boleh memilih untuk mengambil sendiri bahan mentah di pusat operasi MyTakoyaki atau boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan kurier. Kos penghantaran ditanggung oleh pihak rakan niaga.

Sekiranya anda memerlukan lebih info daripada di atas, sila berhubung dengan kami melalui email di oshinfoods@gmail.com atau telefon kami di 013-6320378 (En. Ridzuan). Terima Kasih